masih blur tentang pemasaran internet?

Saya menawarkan modul coaching lengkap untuk membantu anda memahami pemasaran internet secara menyeluruh. Dengan ini anda tak perlu "panik atau gabra" lagi kalau ada teknik baru yang muncul.

"Sekarang saya dah nampak lebih jelas apa itu pemasaran internet sebenar. Sebelum ini saya terkejar-kejar teknik baru yang sentiasa muncul. Tapi lepas coaching dengan Cikgu Ali saya rasa lebih tenang kerana asas pemasaran saya dah ada. Kalau ada teknik baru pun saya tahu mana nak pasang dalam pemasaran saya yang sedia ada."
azlie atan
Ejen produk kesihatan

Situasi yang biasa dialami oleh online seller!

Dah buat pemasaran tapi nampak macam tak berkesan. Puas dah adjust tapi masih tak menjadi juga.

Sampai satu peringkat tak tahu dah nak adjust apa lagi. 

Barulah rasa bahawa ada banyak lagi “loop hole” dalam ilmu pemasaran internet yang belum diketahui.

Dah belajar dengan sifu tu sifu ni. Seminar pun dah banyak pergi, tapi masih juga rasa “ada lagi benda yang aku belum tahu ni”.

Apakah benda tu? Masih juga tak tahu. 

Ye, inilah juga masalah yang saya hadapi dulu.

 

Hi, nama saya Ali Hanafiah atau lebih mesra dipanggil cikgu Ali (sebab saya bekas cikgu 1999-2007).

Sekali jadi cikgu akan lekat nama cikgu selamanya, hehe.

Perjalanan bisnes online saya bermula sejak 2010. Bukan senang, banyak gagal berbanding berjaya.

Sebab nak berjaya juga saya carilah ilmu di mana juga berada. Lebih 10 orang sifu dah saya berguru (dan masih ingin menambah).

Bukan belajar dengan seorang terus dapat semua. Saya kena banyak try.

Dah menjadi saya akan buat kesimpulan dan rumusan sendiri.

Akhirnya daripada himpunan ilmu inilah saya buatkan satu silibus khusus untuk mereka yang ingin benar-benar mengetahui ilmu pemasaran internet secara menyeluruh.

Saya panggil ilmu ini sebagai ilmu API iaitu Asas Pemasaran Internet.

Ilmu asas ini sangat penting sebelum kita menyelami dunia pemasaran internet secara mendalam.

Ilmu asas ini akan mengelakkan anda daripada lost atau tersesat.

Dengan ilmu asas ini juga anda akan tahu apa benda yang anda perlu dalami lagi.

Kalau ada teknik baru pun anda senang je nak adaptasi.

Teknik bimbingan yang dinamik dan komprehensif

Sesi teori

Anda akan belajar 7 topik Asas Pemasaran Internet dengan lengkap.

Latihan dan amali

Anda terus aplikasi apa yang dibelajar ke dalam bisnes anda.

Laporan

Perkembangan anda dipantau selama 6 bulan supaya penguasaan anda betul-betul mantap.

Klinik

Sesi bedah siasat untuk mengenal pasti kelemahan dan seterusnya diperbaiki dan dipertingkatkan.

Kenapa personal coaching?

Bimbingan secara personal coaching membolehkan saya dan anda mengenal pasti apakah kelemahan yang perlu diperbaiki dan apakah kelebihan anda yang boleh dikembangkan.

Setiap bisnes adalah tidak sama. Personal coaching membolehkan bimbingan dilakukan khusus untuk memenuhi keperluan anda dan juga bisnes anda.

Anda lebih mudah bertanya dan mendalami ilmu khusus yang anda ingin pelajari lebih mendalam.

Siapa Cikgu Ali?

Saya merupakan bekas guru (1999-2007) yang mula bergiat dalam online bisnes pada tahun 2010.

Berpengalaman menjual pelbagai jenis produk termasuk produk kesihatan, gadjet, aksesori dan produk digital.

Pernah mengedalikan 20 bengkel facebook ad dalam tahun 2012-2013 dan melahirkan lebih 600 orang peserta yang mahir facebook ad.

Menjadi penulis bersama ebook “Teknik FBO” (2012) dengan tuan Jamal (SifuFBads).

Sehingga kini sering mendapat jemputan untuk menjadi trainer dan penceramah oleh agensi kerajaan dan syarikat swasta.

Walaupun saya menjalankan coaching dan training tapi saya sendiri juga masih memasarkan produk fizikal dan digital sebab saya suka “walk the talk” dan bukan “no action talk only” (NATO).

Sebab itu apabila melakukan training dan coaching saya amat faham apa masalah yang dialami peserta dan ini membantu saya untuk membimbing mereka dengan lebih baik lagi.

7 topik yang anda akan belajar

Dengan memahami cara jual beli online berlaku, anda akan nampak gambaran menyeluruh bagaimana untuk menyediakan kempen pemasaran anda.

Anda akan belajar bagaimana cara memahami pelanggan anda. Dengan memahami pelanggan anda mudah untuk buat ayat iklan dan menyusun strategi untuk memikat mereka.

Kajian ini akan membantu anda memposisi dan mempromosi produk anda dengan lebih baik.

Anda akan belajar proses untuk menukar stranger menjadi pelanggan setia anda.

Anda akan belajar cara menulis ayat iklan yang berkesan. Anda juga akan belajar 4 format ayat iklan iaitu, iklan pendek, cerita, content dan surat jualan.

Anda akan belajar pelabgai cara menarik pelanggan masuk ke “kedai online” anda.

Anda akan tahu pelbagai jenis channel pemasaran yang ada dan bagaimana kah cara menggunakannya.

Kenapa orang memilih coaching bersama cikgu Ali?

Penerangan yang mudah faham

Memiliki ijazah sarjana muda Pendidikan dan pengalaman 7 tahun sebagai guru amat membantu saya menyusun content dan menyampaikan ilmu yang rumit dengan lebih mudah difahami.

teori & praktikal

Anda bukan sekadar belajar teori tetapi terus mempraktikkannya dalam bisnes anda dan saya akan membimbing anda dalam tempoh 6 bulan (ikut pakej coaching yang diikuti).

lengkap dan menyeluruh

Anda akan nampak jelas dan menyeluruh ilmu pemasaran internet. Selepas ini anda tak perlu gabra atau takut lagi kalau ada teknik baru yang keluar. Anda dah tahu mana nak plugin teknik yang baru ke dalam pemasaran anda sedia ada.

anda boleh kesan masalah

Anda boleh mengesan apa masalah dalam pemasaran anda dan anda boleh kenal pasti bagaimana cara mengatasinya sebab 7 ilmu yang anda pelajari adalah asas ilmu pemasaran internet yang sangat berguna. Tak perlu lah anda teraba-raba lagi selepas ini.

Peserta sebelum ini

Terus terang saya maklumkan kepada anda, saya tidak menjanjikan jualan berjuta-juta selepas coaching ini, tapi apa yang saya boleh pastikan adalah, anda akan dapat pemahaman yang lebih mendalam dan jelas tentang pemasaran internet. 

Dengan pemahaman ini anda akan lebih yakin untuk melakukan pemasaran dan mampu mengenal pasti kenapa anda stuck, apakah punca masalah pemasaran anda dan bagaimana cara membaikinya.

Berikut adalah sebahagian daripada hasil peserta coaching sebelum ini.

Lebih Rm50k dalam 5 bulan

Puan Salmy merupakan suri rumah yang menjual ebook resepi. Sebelum ini beliau hanya menggunakan personal facebook sahaja. Setelah coaching beliau berjaya membina funnel jualan yang stabil memberikan pendapatan setiap hari kepadanya.

RM70k dalam masa 2 bulan

Azlie Atan merupakan pengusaha stesen petrol. Beliau melakukan bisnes online secara sambilan. Selepas coaching beliau dapat meningkatkan kemasukan lead dan seterusnya membawa jualan yang lebih banyak. Beliau menjual produk kesihatan. Dalam masa 2 bulan jualannya lebih RM70k.

Coaching ini untuk siapa?

Layak

  • Dah buat bisnes tapi stuck dan tak tahu kenapa
  • Boleh selesaikan tugas yang diberikan
  • Tidak mudah putus asa
  • Sudah ada bisnes atau baru nak mulakan bisnes
  • Sanggup melabur untuk pemasaran
  • Sanggup ikut adab belajar

Tak layak

  • Tunggu ilmu disuap sahaja
  • Tak sanggup buat tugasan yang diberikan
  • Mudah putus asa dan suka komplen
  • Nak cuba-cuba sahaja
  • Tak sanggup terima teguran guru

Pakej

RM5999

  • Bimbingan 6 bulan
  • Belajar teori 7 topik
  • Review sepanjang tempoh monitoring
  • Tugasan & praktikal
  • Laporan bulanan
  • Klinik dan review