Soalan yang saya akan tanya client pabila diminta buat surat jualan

Buat surat jualan ni memang dah jadi kegemaran saya sejak sekian lama. Mula-mula buat surat jualan untuk produk dan bisnes sendiri.

Apabila terdapat permintaan untuk buat surat jualan orang lain, saya pun mulalah memulakan servis surat jualan ini.

Mula-mula melakukan servis surat jualan dulu saya suka berjumpa sendiri dengan client untuk menebual mereka bagi mendapatkan maklumat penting untuk membina surat jualan tersebut.

Lama-kelamaan saya dapati kebanyakan soalan adalah lebih kurang sama. Oleh sebab itu akhirnya saya susun soalan-soalan tersebut untuk mudahkan kerja seterusnya. Cuma apabila ada special request untuk berjumpa barulah aturkan perjumpaan dengan client saya.

Soalan yang perlu ditanya kepada client pabila buat surat jualan

Berikut ialah 15 soalan wajib yang saya akan tanya kepada client pabila mereka meminta saya menulis surat jualan untuk mereka.

1. Apa masalah utama pelanggan yang hendak diselesaikan?

2. Apa masalah hidup pelanggan yang berlaku akibat masalah utama tadi?

3. Apa impian yang pelanggan hendak dicapai?

5. Apakah nama produk / servis ?

6. Apa sebenarnya produk / servis ini. Nyatkan dalam satu ayat ?

7. Apakah senarai manfaatnya?

8. Dibuat daripada apa?

9. Apa kelebihannya berbanding dengan yang lain di pasaran?

10. Apakah bukti yang ada (testimoni)?

11. Apa sijil dan pengiktirafan yang ada ?

12. Siapakah anda dan kenapa orang perlu beli dengan anda?

13. Apakah offer yang hendak diberikan kepada orang yang beli produk ini?

14. Berapa harga produk ini?

15. Kalau berminat apa yang perlu dibuat?

Jawapan yang diberikan mestilah tepat. Jawapan yang tepat akan membantu penghasilan surat jualan yang berkesan.

Di sinilah pentingnya peranan penulis surat jualan membimbing client supaya mereka memberikan jawapan yang betul.

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Ali Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ali merupakan seorang usahawan online sepenuh masa. Beliau menjual produk fizikal dan digital. Di samping itu beliau juga menawarkan servis penulisan surat jualan serta bimbingan pemasaran online kepada usahawan atau individu yang berminat. Info lanjut tentang Cikgu Ali DI SINI.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *