Tips copywriting berkesan

Maksud copywriting berkesan

Copywriting berkesan bermaksud copywriting yang mampu mencapai tujuan yang dikehendaki oleh penulis.

Contohnya, kalau copywriting itu dibuat untuk mendapatkan lead maka hasilnya lead lah yang dapat. Tapi kalau copywriting itu tidak menghasilkan lead seperti yang diharapkan maka ia tidaklah boleh dikatakan berkesan.

Kalau copywriting itu dibuat untuk menghasilkan jualan maka sepatutnya jualanlah yang dapat, tapi kalau copywriting dah buat jualan tak dapat juga maknanya copywriting itu tidak berkesan.

Bagaimana caranya menghasilkan copywriting yang berkesan?

Anda boleh hasilkan iklan yang berkesan dengan menggunakan Prinsip PESEMBER (dibaca pesemboq). PESEMBER merupakan gabungan perkataan PErhatian + SEdar + Mahu + BERtindak.

1. PERHATIAN

Prinsip pertama apabila kita menghasilkan iklan, iklan tersebut mestilah mampu menarik perhatian. Kita bukan nak tarik perhatian semua orang, tapi nak tarik perhatian golongan yang kita sasarkan.

Cara menarik perhatian ini ada biasanya kita gunakan 2 elemen iaitu HEADLINE dan GRAFIK (sama ada video atau gambar).

Kita nak orang terpandang je iklan kita terus rasa nak tahu dan nak baca. Untuk menimbulkan perhatian ini biasanya kita akan fokus sama ada masalah atau pun kehendak pelanggan kerana 2 perkara inilah yang pantas membuat mereka tertarik.

2. SEDAR

Seterusnya kita nak pembaca sedar bahawa mereka perlu selesaikan masalah mereka. Ini kita boleh lakukan di bahagian intro.

Kita boleh tunjukkan kepada mereka apa risiko yang berlaku sekiranya mereka membiarkan masalah mereka berterusan.

3. MAHU

Setelah itu kita nak pembaca MAHU kepada produk kita.

Caranya ialah dengan menunjukkan apakah manfaat produk kita kepada mereka dan apakah kelebihan produk kita berbanding produk orang lain.

4. BERTINDAK

Akhir sekali kita nak pembaca tadi bertindak segera membeli produk yang kita promosikan. Caranya ialah dengan memberikan offer yang tak sanggup untuk mereka lepaskan.

Untuk jadikan ia lebih berkesan, offer ini seharusnya dihadkan sama ada dari segi masa atau bilangan. Maksudnya kalau mereka tak beli waktu tu mereka tidak akan dapat lagi offer yang kita berikan.

Dan jangan lupa akhiri copywriting anda dengan CTA (Call to Action) iaitu arahan yang diberikan kepada pembaca kalau mereka berminat untuk mendapatkan tawaran anda.

Prinsip PESEMBER ini boleh digunakan dalam mana-mana iklan anda dan ia akan sentiasa berkesan.

Jika anda berminat untuk mempelajari copywriting secara step by step boleh dapatkan KITAB COPYWRITING. Ia merupakan panduan lengkap untuk belajar copywriting dan sesuai untuk orang baru.

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Ali Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ali merupakan seorang usahawan online sepenuh masa. Beliau menjual produk fizikal dan digital. Di samping itu beliau juga menawarkan servis penulisan surat jualan serta bimbingan pemasaran online kepada usahawan atau individu yang berminat. Info lanjut tentang Cikgu Ali DI SINI.

4 thoughts on “Tips copywriting berkesan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *