Tips prospecting “market sejuk”

Anda tahu apa itu market sejuk atau “cold market”? Ia adalah market orang yang kita tak kenal.

Biasanya dalam network marketing kita diajar supaya mendekati orang yang kita kenal dulu atau digelar ‘warm market’. Tapi sampai waktu ketika market ini pun boleh habis juga dan kita pasti akan buka market orang yang kita tak kenal.

Pengalaman saya sendiri, apabila saya buat network marketing untuk kali kedua saya rasa lebih mudah untuk buka market sejuk ini.  Malahan market sejuk adalah market yang amat luas untuk diterokai.

Saya tak kata tak perlu buat ‘warm market’ tapi market sejuk ini adalah market yang sangat-sangat berpotensi. Sebab itu kita kena kuasai.

Ini adalah beberapa tips untuk kita kuasai market sejuk ini :

Belajar pasal marketing

Kita perlu mengusai marketing. Caranya adalah mencipta content yang bagus media sosial atau apa jua media yang kita gunakan.

Kita positionkan diri kita sebagai ‘pendidik’ atau orang yang mahir dalam suatu bidang, dan dalam hal ini adalah bidang network marketing

Jangan hantar link company

Ada company telah menyediakan web atau link untuk mudahkan ahli-ahlinya membuat promosi. Link ini bagus tapi jangan bagi terus atau dedahkan sesuka hati kita sebab risiko untuk orang tak peduli itu sangat tinggi. Mereka pun bukannya faham kalau baru sekali baca.

Sebab itu lebih penting bina hubungan dulu dengan prospek yang berminat sama ada melalui messeger atau call mereka terlebih dahulu. Salah satu cara anda boleh melakukan ini adalah dengan mengatakan “Sebelum saya menghantar apa-apa info, saya akan call anda lebih kurang selama lima minit hanya untuk memastikan sama ada peluang ini sesuai untuk anda atau tidak”.

Tujuan kita contact ini bukanlah untuk buat penerangan tapi untuk membina hubungan dan memecahkan halangan antara kita dan prospek.

Jangan cakap banyak

Ini memang pelik sikitkan. Biasanya kita akan disuruh banyak cakap tapi untuk market sejuk ini lebih baik jangan banyak cakap tapi cakap kepada seramai orang yang perlu.

Apa maksudnya?

JANGAN sibuk nak jelaskan pelan pemasaran anda kepada orang asing anda baru jumpa sebab risiko anda AKAN kehilangan mereka sant tinggi.

Apabila anda bertemu dengan orang yang tidak dikenali, perkara pertama yang perlu anda buat adalah mendapatkan maklumat tentang diri mereka. Kita gali maklumat untuk memudahkan kita ‘masuk jarum’ pada tempat dan masa sesuai.

Maintain kuasa

Apa maksud maintain kuasa?

Maksudnya kita tak perlu rasa down apabila orang reject kita.

Contohnya apabila kita tanya,. “Adakah terbuka untuk projek sampingan jika ia tidak mengganggu kerja yang anda lakukan?” dan mereka menolak, jangan takut dengan penolakkan itu dan kita angkat kaki sahaja.

Anda mesti rasa anda mempunyai sesuatu yang orang lain PERLU. Bukanlah bermakna setiap orang yang anda jumpa PERLU tapi pasti ada orang yang perlu.

Jadi kalau ada yang reject jangan takut untuk… NEXT!

Jangan mengejar prospek

Maksudnya tak perlu rasa terdesak untuk keluar dan berjumpa prospek. Kalau nak keluar jumpa prospek pun biar dia sudah betul-betul bersedia untuk jumpa kita. Ini akan menjimatkan masa. Lebih baik kalau mereka join dulu secara online barulah kita jumpa mereka.

Jangan sedih dengan nombor

Perekrut terbaik yang saya telah pernah bertemu biasanya closed hampir 20-30% daripada orang yang mereka temui. Ini bermakna 7-8 orang daripada 10 orang yang ditemui akan berkata TIDAK.

Jangan sedih jika anda bercakap dengan pertama 20 anda dan mereka semua mengatakan TIDAK.

Ikut pengalaman saya sendiri, daripada 120 senarai nama hanya 40 orang yang boleh saya jumpa dan daripada 40 orang itu saya hanya dapat sponsor 19 orang. Angka ini mungkin tak sama untuk setiap orang.

Yang penting, teruskan usaha, dan ia adalah berbaloi!

Semoga artikel ini membantu…

p.s. ringan-ringankanlah tangan untuk picit butang share ye…

Bagaimana cara handle prospek yang nak “fikir dulu”

Biasa tak dapat prospek yang cakap “fikir dulu”? Biasakan?

Ok kalau prospek cakap begitu bagaimanakah cara kita handle?

Dalam post ini saya share cara yang kita boleh gunakan untuk menghadapi situasi seperti ini.

Apabila prospek cakap “nak fikir dulu” inilah yang anda boleh lakukan.

Beritahu dia,

“Ok, saya faham encik nak fikir dulu sebab nak buat keputusan penting. Untuk pengetahuan encik kami sangat menghargai masa dan menggunakan masa kami sebaik mungkin untuk membantu mereka yang benar-benar berminat. Kami tak mahu buang masa encik dan encik pun tak mahu buang masa kami juga kan. Jadi boleh tak saya tahu apa yang encik benar-benar nak fikirkan supaya kami boleh bantu”.

Biasanya kalau ada persoalan yang belum terjawab atau pun prospek belum cukup info dia akan beritahu apa yang dia ingin tahu lebih lanjut. Masa ini kita boleh menjelaskan apakah info yang dia ingin tahu lagi.

Kalau prospek tadi belum juga dapat memberikan keputusan kita boleh beritahu begini kepadanya.

“Ok encik, saya pun tak nak ganggu encik untuk tanya banyak kali bila encik nak buat keputusan. Supaya saya mudah dan encik pun mudah juga boleh kita setkan masa sesuai untuk saya follow up semula encik”.

Matlamat kita di sini adalah supaya “hubungan” tak terputus begitu sahaja. Kita perlu setkan appointment seterusnya supaya perjumpaan kita atau usaha kita tidak menjadi sia-sia. Semoga tips ini membantu.

Klik butang share di bawa supaya lebih ramai lagi rakan networker kita tahu.

Apa nak buat kalau downline tak mahu berikan nama prospek

 

Pernahkah anda minta nama prospek daripada downline anda tapi mereka tidak dapat melakukannya?

Hal ini adakalanya menyakitkan kepada kerana kita nak tolong mereka tapi mereka pula tak dapat berikan kerjasama sepatutnya kepada kita.

Ingat! mereka join kita sebab mereka nak buat bisnes ini. Cuma kadang-kadang disebabkan masih ada perkara yang mereka kurang faham menyebabkan mereka berasa susah nak bagi nama atau bawa prospek kepada kita. Antara perkara biasa yang mereka fikirkan adalah :

  • tak ada orang yang minat
  • mereka takut penolakan
  • mereka rasa malu untuk menjual

Jadi, apakah cara terbaik untuk “memujuk mereka” memberikan nama prospek kepada anda?

Ini 3 tips boleh dijadikan panduan bersama.

1. Berikan mereka masa

Kadang-kadang downline kita hanya berminat untuk menggunakan produk sahaja pada awalnya. Mereka tidak mahu lagi menjalankan bisnes atas sebab-sebab tertentu.

Jangan desak mereka. Berikan mereka masa. Yang penting kita bina hubungan supaya lebih rapat dengan mereka kerena sesetengah downline yang baru kenal dengan kita berasa kita hanya nak dapat untung semata-mata. Dengan hubungan baik sampai satu masa mereka akan faham dan bersetuju untuk berbisnes bersama-sama kita.

Malah mereka ini boleh menjadi rakan bisnes anda yang paling hebat.

2. Jelaskan tujuan dengan baik

Sesetengah downline kita tak nak bagi nama atau prospek sebab mereka rasa tidak mahu mengambil kesempatan ke atas kawan atau saudara-mara mereka.

Oleh sebab itu kita kena jelaskan apakah kebaikan produk atau bisnes yang boleh membantu rakan atau kawan mereka dan bukannya mereka sahaja.

Kita kena berikan faedah yang betul dan benar-benar berguna kepada kawan dan saudara mereka barulah mereka rasa tidak ragu-ragu untuk memperkenalkan kepada rakan atau saudara-mara mereka.

3. Tunjukkan nilai

Nilai bukanlah duit atau bonus sahaja. Nilai adalah sesuatu yang boleh menjadikan keadaan lebih baik. Kita kena beritahu downline kita bagaimana produk atau bisnes boleh memberikan penjimatan atau menyelamatkan mereka daripada perkara buruk pada masa depan.

Apabila mereka dapat merasa produk atau bisnes kita betul-betul bernilai barulah mereka sudi berkongsi atau bercerita tentang peluang bisnes ini kepada sanak-saudara atau kawan mereka.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua.

Berikan feedback di ruang komen. Klik butang share supaya kebaikan ini dapat disebarkan kepada rakan network yang lain.

 

5 Tips tingkatkan keyakinan anda

Pernah tak anda atau downline anda rasa kurang keyakinan untuk memperkenalkan bisnes atau produk anda kepada orang lain?

Berikut adalah 5 tips yang anda boleh buat untuk tingkatkan keyakinan dan boleh membantu anda dan rangkaian anda meningkatkan lagi jualan dan penajaan.

1. Buat testimoni sendiri

Testimoni sendiri amat membantu anda menjadi lebih yakin. Anda boleh sediakan gambar atau apa-apa dokumen yang menunjukkan anda lebih baik selepas menggunakan produk yang anda promosikan.

Apabila anda sendiri menjadi testimoni anda akan bercerita dengan lebih yakin lagi.

Orang yang mendengar pun akan lebih percaya kerana diri anda sendiri yang diceritakan.

2. Hadirkan diri ke acara syarikat

Syarikat atau group sering mengadakan perjumpaan. Ini sangat bagus kerana acara begini dihadiri oleh mereka yang positif dan mempunyai kisah kejayaan masing-masing.

Dengan menghadiri aktiviti seperti ini, anda akan terdedah dengan kisah-kisah positif yang boleh meningkatkan keyakinan anda sendiri kepada produk dan syarikat.

Malah ada cerita orang lain yang memberikan inspirasi dan motivasi sehingga anda lebih berkeyakinan.

3. Komunikasi diri

Komunikasi diri ini bermaksud berkata-kata dengan diri sendiri.  Teknik ini juga dikenali sebagai NLP iaitu satu teknik berkomunikasi dengan diri sendiri untuk memberikan keyakinan dan mengubah tingkah laku diri.

Antara cara yang boleh dilakukan adalah selepas mandi pagi dan bersiap-siap di hadapan cermin, anda boleh berkata-kata dengan diri sendiri sama ada secara jelas atau berbisik secara dalaman dengan melafaskan kata-kata seperti

“engkau boleh”

“aku boleh lakukannya”

dan macam-macam lagi.

4. Mendalami ilmu tentang industri

Mendalami bidang yang kita ceburi sangat bagus dan memberikan impak besar kepada kita sendiri.  Ilmu ini bagus untuk kita berhadapan dan juga menjawab pelbagai soalan yang mungkin ditimbulkan oleh prospek atau ahli dalam kumpulan kita.

Kita boleh dapatkan ilmu ini melalui pembacaan buku, video atau audio dan juga melalui blog seperti yang anda baca sekarang.

Dengan menguasai ilmu ini anda akan lebih yakin dan bersedia untuk berhadapan dengan prospek anda setiap hari.

5. Kebalkan diri dengan negativiti

Setiap hari setiap masa semestinya ada orang yang negatif terhadap bidang network marketing. Kalau ingin berjaya kita perlu mendengar orang yang telah berjaya dan bukannya mereka yang gagal atau negatif terhadap industri ini.

Mendengar kata-kata daripada mereka yang negatif ini boleh membuatkan kita berasa down kalau kita membenarkannya.

Sebab itu sangat penting bagi kita untuk “mengebalkan diri” atau melindungi diri daripada mereka yang negatif ini.

Semoga tips ini membantu anda dan rangkaian anda lebih yakin.

Klik “share button” di bawah ini dan kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan kongsi anda supaya mereka mendapat manfaatnya.

Bagaimana anda boleh buat prospek tak sabar nak join anda

Hari ini banyak syarikat Network Marketing menawarkan peluang. Di Malaysia sahaja sebanyak 1400 buah syarikat jualan langsung (ikut tahun 2016) dan seramai 4 juta orang rakyat Malaysia yang terlibat.

Jadi bagaimana cara kita boleh menonjol dan closed prospek kita supaya join dengan kita tanpa fikir terlalu panjang.

Apa yang perlu adalah kita perlu mempunyai Unique Selling Preposition (USP), iaitu sesuatu yang lain daripada orang lain, atau kita berikan sesuatu yang bernilai yang tidak diberikan oleh pesaing kita.

Contohnya, kita boleh berikan e-book panduan yang berguna.

Katakan anda menjual produk yang berkaitan dengan slimming, anda boleh sediakan ebook panduan slimming diet Atkins misalnya yang mempunyai nilai tinggi.

Untuk buat ebook ini tidaklah susah, anda boleh dapatkan idea menulis daripada google dan mengolah mengikut ayat  anda sendiri. Dan untuk menghasilkan ebook yang cantik, anda hanya perlu upah designer daripada Fiverr.com.

Supaya ebook ini nampak lebih berharga anda boleh cetak dan liminate dalam bentuk fizikal.  Anda boleh menunjukkan ebook atau panduan ini kepada prospek anda sebagai pemberian kalau dia join anda pada waktu tersebut.

Untuk menimbulkan rasa “urgency” anda boleh hadkan tempoh untuk dapatkan ebook percuma tersebut.

Semoga tips ini membantu. Share kepada rakan bisnes anda yang lain supaya mereka ada idea dan boleh mengembangkan bisnes mereka dengan lebih baik lagi.